Memberikan respons terhadap kenyataan terdahulu tentang hubungan cinta mereka yang tidak kesampaian, Hans Isaac mengakui ianya sedikit sebanyak menjejaskan imej beliau sebagai ahli perniagaan korporat sehingga menjadi bahan jenaka.

“Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan ianya tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya,” ujarnya.


BACA: Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta, Anggap Tiada Jodoh

Bercakap kepada Astro Gempak juga, Hans Isaac memaklumkan yang perasaan marah dengan Neelofa kini telah reda dan masih ada perasaan sayang terhadap wanita itu sebagai seorang sahabat dan tidak lebih daripada itu.

“Kami masih lagi berkomunikasi dan berkawan serta masih ada rasa sayang itu pada dia sebagai sahabat. Apa yang boleh saya katakana adalah wang sama sekali tidak menjamin kegembiraan kerana walaupun kini saya ada segalanya tetapi kadang kala timbul rasa kesunyian itu”

Dalam kenyataan yang dipetik daripada portal GUA, Hans Isaac memberitahu yang beliau lebih selesa untuk penuhkan hari dengan kerja dan aktiviti apabila timbul rasa down.

BACA: Neelofa Akui Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup

“Bagi saya lebih baik berdiam diri kerana dengan usia saya sekarang ini tidak wajar berperangai seperti budak-budak untuk mengwar-warkan kisah cinta saya. Malah sejak dulu lagi saya tidak suka untuk bercakap mengenai perihal peribadi saya,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Hans Isaac dan Harith Iskander bakal mengarahkan semula teater Supermokh Restaging buat kali kedua yang bakal berlangsung dari 8 September hingga 21 September depan atas permintaan ramai. (rtky/m)