Nampaknya semakin maju selebriti Malaysia hari ini. Sudah punya aplikasi iPhone buat peminat.

Hannah Tan menjadi selebriti Malaysia pertama yang memiliki aplikasi iPhone khas buat peminat beliau seluruh dunia.


Hannah Tan yang kini berpengkalan di Jepun hadir di Kuala Lumpur untuk melancarkan aplikasi berbayar pertama beliau.

Beliau mengakui terpengaruh dengan selebriti antarabangsa yang mempunyai aplikasi iPhone sendiri seperti Lady Gaga, Britney Spears & mendiang Elvis Presley.

Aplikasi iPhone Hannah Tan ini bakal membolehkan peminat beliau mempunyai akses ke berita terbaru, gambar terkini & juga video eksklusif Hannah Tan.

Jika anda peminat hardcore Hannah Tan, anda boleh dapatkan aplikasi iPhone ini melalui iTunes dengan sekali bayar US$0.99 (RM3.20).


Terima kasih & kredit gambar kepada The Star Online. Ada tips berguna untuk kami? E-mailkan kepada kami atau hantar melalui Twitter @rotikaya.