fbpx

Hannah Delisha Puji Lelaki Padam Semua Gambarnya

Minggu lalu industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita pernikahan pelakon dan penyanyi cantik Hannah Delisha dengan jejaka pilihan hati, Imam Shah yang juga pelakon dari Singapura.

Susulan berita pernikahan pelakon itu, ramai netizen terutama kaum lelaki sedih dan kecewa apabila Hannah sudah pun bergelar isteri.

BACA: Unfollow & Block, Ramai Kecewa Hannah Delisha Dah Kahwin

Lebih menjadi perhatian apabila seorang peminat memadam semua gambar Hannah yang disimpan di dalam galeri telefon bimbitnya kerana kecewa dan ingin move on.

Perkongsiannya di laman Twitter turut mendapat perhatian Hannah yang memuji serta menghormati tindakan lelaki itu.

Terdahulu, Hannah berkata dia mula mengenali Imam Shah sejak berlakon bersama menerusi satu drama di Singapura lima tahun lalu dan suaminya yang banyak mendorongnya ke arah keagamaan.