fbpx

Baru Usia Setahun, Alisa Aisyah Raih Sejuta Pengikut Di IG

Dalam ramai-ramai anak selebriti, boleh dikatakan anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai.

Ramai yang geram melihat telatah anak kedua pasangan itu yang sememangnya comel dan bijak. Baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 24 Mei lalu, semalam akaun Instagram Alisa sudah pun mencecah seramai satu juta pengikut.

BACA: Baru Usia 3 Bulan, Alisa Aisyah Ada 500,000 Pengikut Di IG

Menerusi posting terbaru di Instagram, turut dimuat naik wajah comel Alisa beserta kapsyen ‘Hi & terima kasih’ buat mereka yang mengikuti akaun Instagram kanak-kanak itu.

View this post on Instagram

Hi & thank you ?

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan Alisa. Hasil tinjauan mendapati, Alisa juga turut mempunyai peminat daripada negara seberang.

Dalam pada itu, ramai yang turut teruja kerana baru sahaja berusia setahun tetapi sudah memiliki sejuta pengikut.