fbpx

Haniff Hamzah Merasa Bertuah Bergelar Duta Jenama Ais Krim Cornetto

Haniff ERA fm Jadi Duta CornettoAnda mungkin kerap mendengar celoteh Haniff Hamzah setiap pagi jika anda peminat setia radio nombor satu Malaysia, ERA fm dan kini anda akan dapat menyaksikan wajah penyampai radio terkenal ini di’kaca televisyen.

Haniff Hamzah akan mula bergelar pengacara TV dengan program realiti khas di’bawakan Cornetto berjudul Uda & Dara yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 16 Mei ini.

Bukan itu sahaja, dalam sidang media yang berlangsung di ibu kota awal petang tadi, Haniff Hamzah turut di’umum sebagai duta terbaru jenama ais krim terkenal, Cornetto seiring dengan peranan beliau sebagai pengacara program.

Bercakap kepada media, Haniff Hamzah meluahkan rasa bangga kerana terpilih sebagai satu satu’nya jurucakap jenama tersebut untuk tahun ini yang mana tugas itu sebelum ini di’galas bersama Stacy & Akim Ahmad.

“Saya memang jauh bidang dari duta (Cornetto) sebelum ini dan mungkin saya tidak mampu menyanyi seperti mereka tetapi saya akan gunakan platform media sosial sepenuhnya untuk menjayakan tanggungjawab ini,” ujar Haniff Hamzah.

Dalam kesempatan yang sama, Haniff Hamzah menceritakan yang ketika ibu beliau mengandungkan beliau, ais krim Cornetto merupakan salah satu makanan yang menjadi idaman ibu beliau dan tidak menyangka hari ini rezeki’nya bersama Cornetto.