fbpx

Mengambil peluang untuk tampil dengan imej bertudung sepanjang bulan Ramadan, pelakon Haneesya Hanee mengakui dia lebih selesa dan tenang.

Memetik mStar Online, Haneeysa berkata sejak bertudung tidak banyak mata tertumpu pada bentuk badannya seperti kebiasannya. Mengakui menyimpan niat untuk berhijab suatu hari nanti, Haneesya mengharapkan doa peminat agar hatinya terbuka untuk bertudung.

BACA: Haneesya Hanee Terharu, Tak Sangka Foto Bertudung Terima Pujian

“Setiap kali bulan Ramadan saya akan bertudung bagi menghormati bulan yang mulia ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa apabila dapat menutup dengan sempurna kerana tidaklah orang asyik pandang badan sahaja.

“Sebagai seorang wanita Islam semestinya semua ada niat untuk pakai tudung suatu hari nanti. Saya mohon peminat untuk doakan agar saya segera terbuka hati ke arah itu,” katanya.

Sedia dikecam apabila kembali imej tanpa hijab, Haneeysa berkata dia sudah biasa dengan kecaman dilemparkan kepadanya dan mereka yang mengecamnya adalah bukan dikalangan peminatnya.

“Saya sudah lali dikecam dan menjadi kebal dengan kritikan. Jika ada yang kecam maksudnya mereka bukanlah peminat sebenar kerana tidak tahu saya akan sentiasa bertudung sepanjang Ramadan. Apa lagi saya boleh buat jika kena kecam? Jadi biarkanlah,” katanya.