fbpx

Hana Azraa Bakal Dedah Bukti Kecurangan PU Abu

Beberapa hari lalu nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan hangat diperkatakan apabila isterinya, Hana Azraa mendakwa kononnya suaminya bermain kayu tiga serta turut mendedahkan foto seorang wanita tidak bertudung sebagai skandal baru suaminya.

Bagaimanapun, PU Abu menafikan perkara itu serta menjelaskan perkara yang disebarkan Hana itu adalah spekulasi semata-mata. Malah, Abu menyifatkan isterinya bertindak sedemikian mungkin kerana emosi ketika hamil.

BACA: “Hanya Salah Faham, Mungkin Faktor Emosi Orang Mengandung”

Terbaru, menerusi Insta Story Hana Azraa memuat naik satu kenyataan memberitahu dia akan mengeluarkan kenyataan berserta segala bukti kecurangan suaminya tidak lama lagi.

Sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi, Hana berkata buat masa ini dia ingin berehat dan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaannya sebelum ini.

Terdahulu, Hana memuat naik gambar seorang wanita dan mendakwa wanita tersebut merupakan kekasih hati suaminya yang baru.

Dalam pada itu, PU Abu menjelaskan dia tidak mengetahui sumber gambar wanita yang dimuat naik oleh isterinya itu dan akan menjelaskan situasi sebenar selepas pulang daripada Tanah Suci.