fbpx

Hana Azraa Sahkan Sudah Berpisah Dengan PU Abu

Sebelum ini kemelut rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menjadi bualan ramai apabila Hana Azraa mendedahkan pendakwah muda itu berlaku curang serta mendedahkan foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandalnya.

Terbaru, Hana mendedahkan dia dan PU Abu sudah pun bercerai. Tidak mahu lagi ada pihak membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama PU Abu, Hana memberikan penjelasan mengenai status rumah tangganya di Instagram.

BACA: Hana Azraa Sudah Jemu & Muak, Bakal Bercerai Dengan PU Abu

Hana berkata mereka bukan lagi suami isteri dan tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi. Jelasnya lagi, jika PU Abu mengatakan mereka masih lagi suami isteri dia sendiri tidak pasti mengapa bekas suaminya berbuat demikian.

Dalam pada itu, Hana juga meminta orang ramai untuk berhenti bertanyakan tentang hubungan bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain dan menyarankan untuk bertanya perkara itu secara terus kepada PU Abu.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.