Berdiri di atas jenama sendiri, Aznil Nawawi telah melancarkan produk kecantikannya sendiri iaitu Anell pada 30 Mei lalu dah sehingga kini, produk yang berharga RM199 itu telah terjual sebanyak 3,000 unit dan kini sedang menunggu untuk proses pengeluaran kedua pula.
BACA: Aznil Nawawi Habiskan RM4,000 Sebulan Untuk Wajah Cantik
“Setakat ini jualan sangat memberangsangkan. Saya pun terperanjat, daripada budak umur 12 tahun hingga kakak 60 tahun pakai. Kalau saya tahu (sebegini laris) sudah lama saya jual,” katanya kepada Malay Mail Online.
Tambahnya, antara kunci kekuatan produk tersebut adalah formula bagaimana dirinya mampu kelihatan tegang dan mulus yang telah diamalkannya selama empat tahun sebelum ini.
“Soalan yang sering ditanya bagaimana saya nampak muda? Tidak susah hendak kongsikan kerana produk itu rumusannya saya sudah pakai empat tahun lalu. Saya dapat banyak maklum balas. Ada pengguna kata baru sahaja tiga hari pakai kawan-kawannya menegur mukanya sudah tegang dan mulus,” katanya. (rtky/s)
Gambar Ihsan: Utusan Malaysia