fbpx

Hampir 1,000 Orang Hadir Ke Malam Gala ‘Skyfall’ Anjuran NTV7

Hampir 1,000 Orang Hadir Ke Malam Gala 'Skyfall' Anjuran NTV7Kalau anda seperti kami peminat filem filem James Bond, pasti anda sudah menempah tiket untuk tayangan pertama Skyfall hari ini di seluruh Malaysia. James Bond, baby!

Malam tadi, berlangsungnya majlis tayangan gala 24 jam lebih awal untuk filem Skyfall yang di’anjurkan oleh ntv7 dan ia’nya dihadiri oleh hampir 1,000 orang tetamu.

Malam gala tersebut telah di’jalankan di panggung Cathay Cineplex, e@Curve di’hadiri oleh jemputan istimewa, pemenang peraduan, personaliti ntv7 dan para selebriti tempatan.

Antara selebriti yang memeriahkan acara karpet merah malam itu adalah Nazrudin Rahman, Daphne Iking, Faradhiya (gambar), Julia Ziegler, Lisa Wong dan Satira Diana.

Sebelum ini, ntv7 telah menyiarkan maraton filem James Bond selama lima minggu berturut yang berakhir 4 November lalu dengan Casino Royale. Lagi gambar selepas ini.