Hamil Tujuh Bulan, Miera Leyana Mengidam Bercuti Luar Negara
Hampir lapan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Miera Leyana mengesahkan dirinya kini sedang hamil tujuh bulan.
Meluahkan rasa syukur tidak mengalami alahan sepanjang kehamilan mahupun mengidam makanan pelik-pelik, namun Miera akui selera makannya semakin bertambah.
BACA: Miera Leyana Bahagia Kahwini Lelaki Berusia
“Saya tiada alahan seperti muntah pada waktu pagi seperti kawan-kawan yang lain. Cuma yang ketara, selera makan makin bertambah. Saya juga tidak mengidam juadah pelik-pelik.
“Cuma lebih kepada teringin hendak makan angin di luar negara seperti London, Paris dan menunaikan umrah,” katanya.
Ditanya mengenai jantina anak, Miera dan suami sepakat untuk tidak mendedahkannya lagi kepada umum buat masa ini.
“Tunggulah sehingga bayi lahir, baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini menjadi kejutan,” katanya.
Dalam pada itu, suami Miera, Rosland Othman mengakui sangat teruja sebaik sahaja mendapat tahu isterinya ‘bunting pelamin’.
“Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama kami ini akan menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.
Miera dan Rosland yang juga seorang ahli perniagaan berkenalan pada 2016 sebelum mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.
- SUMBER
- BH Online
umrah? sembang taikkk la ko…x de gaya tetiba nak kene pakai telekung ekkk….last dalam list lak tu…minachii
Tu bukan mengidam sbb hamil. Acik yg dh menopos pun mngidam nak gi shopping kat oxford street sis.
who dis??
Ayu ting tong..
Ehhhh sama kita..
Hahahahhhhh