fbpx

Hamil Lapan Bulan, Isteri Nazrief Nazri Mengidam Nak Beg LV

Bakal menimang cahaya mata sulung pada Julai ini, pelakon Nazrief Nazri akui teruja dan berdebar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Menurut Nazrief, segala persediaan sudah dilakukan termasuk segala kelengkapan bayi memandangkan usia kandungan kini sudah memasuki lapan bulan.

BACA: Isteri Hamil Empat Bulan, Nazrief Nazri Gementar Bakal Jadi Bapa

“Persiapan untuk baby semua dah beli. Isteri buat research jenis keperluan yang perlu ada, kemudian saya yang pergi beli.

“Tapi sebelum melahirkan anak nanti, isteri minta nak photoshoot. Jadi terpaksalah saya buat studio sendiri, pacak lighting lepas tu tangkap gambar,” katanya.

Dalam pada itu, Nazrief turut berkongsikan isterinya, Aizatul Akma mengidam benda yang agak pelik ketika proses kehamilan iaitu mengidam beg jenama mewah Louis Vuitton.

“Mula-mula tu normal la mengidam nak makan cempedak gorang, mangga harum manis dan ikan siakap bakar. Paling pelik sekarang dia mengidam beg LV, pelik betul mengidam tu.

“First trimester paling teruka la kerana muntah-muntah, badan lembik, tak boleh masuk dapur bau ikan, semua tak boleh.

“Lepas tu malam-malam sebelum tidur saya kena pakai eprfuume, dia nak bau wangi je. Alhamdulillah sekarang ni dah normal tapi dia cepat penat,” katanya.

Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.