fbpx

Hamil Empat Bulan, Ernie Zakri Suka Dengar Lagu Sedih

Usia kandungan sulung kini mencecah empat bulan, penyanyi Ernie Zakri berkata dia tidak mengalami alan melampau atau mengidam benda pelik.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Bagaimanapun, Ernie berkata dia mengakui suka mendengar lagu-lagu sedih sepanjang empat bulan kehamilannya sedangkan sebelum ini tidaklah kerap seperti sekarang.

BACA: Syamel Pelik Ernie Zakri Kuat Menyanyi Sejak Hamil

“Saya sendiri tak pasti kenapa saya kerap mendengarkan lagu-lagu sedih sepanjang kehamilan. Benar, lagu-lagu saya kebanyakannya sedih tapi tidaklah saya dengar lagu sedih dengan kerap sewaktu sebelum hamil,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie berkata meskipun suka mendengar lagu sedih namun emosinya tidak teganggu mahupun merasa sedih.

“Walaupun suka mendengar lagu-lagu seperti itu, tetapi saya dan kandungan tidak dipengaruhi dengan emosi sedih, semuanya baik-baik belaka, Alhamdulillah,” katanya.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. Ernie dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada Mac tahun depan.