fbpx

Hamil Anak Sulung, Ernie Zakri Tak Dapat Tahan Diri Kunyah Ais

Kebiasaannya ibu mengandung pasti akan mengidam sestuau atau mempunyai tabiat pelik sepanjang tempoh kehamilan termasuklah penyanyi Ernie Zakri.

Ernie berkata dia tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sebaliknya tetapi sukar menahan diri daripada mengunyah ketulan ais.

BACA: Sarat Hamil 7 Bulan, Ernie Zakri Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

“Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.

“Benda begini saya tak pernah buat sebelum ini, saya pun kurang minum ais sebab menyanyi. Tetapi waktu menganding ni, benda itu jadi macam snek dan minta ais setiap hari. Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tapi suami akan tanya nak ais?” katanya.

Dijemput sebagai menyanyi bersama kumpulan Sa.Ya semalam, Ernie gembira apabila diberi peluang untuk beraksi di atas pentas walaupun usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan.

“Of course penat dan rasa mengah itu dialami oleh semua ibu hamil. Tapi waktu trimester pertama dan kedua saya memang banyak berehat, jadi apabila dapat bekerja saya rasa gembira,” katanya.

Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu. Pasangan itu mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan tidak lama lagi.