fbpx

Hamil 8 Bulan, Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Kedua Aidilfitri Nanti

Dalam diam, rupanya pelakon jelita Anzalna Nasir kini sedang sarat hamil anak kedua. Berita gembira itu diumumkan oleh Anzalna sebentar tadi di Instagram.

Mengambil kesempatan untuk berkongsikan perkhabaran gembira itu sempena bulan Ramadan, Anzalna memaklumkan usia kandungan bayi keduanya itu sudah masuk 8 bulan.

BACA: Berhijab Penuh, Anzalna Perlu Masa Padam Foto Lama Di Media Sosial

Turut meluahkan rasa syukur, Anzalna berkata anak sulungnya Eidress bakal dapat adik pada hari raya nanti dan bakal menimang cahaya mata ‘raya’ lagi.

Dalam pada itu, Anzalna turut memohon doa agar urusan melahirkan anak kedua nanti dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik sehingga selesai proses kelahiran.

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada Februari 2016. Selepas lebih 3 tahun berkahwin, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun.