fbpx

Hamil 7 Bulan, Ernie Zakri Masih Mampu Nyanyi Nada Tinggi

Meskipun kini sedang sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Ernie Zakri dilihat masih ligat membuat persembahan. Malah, Ernie juga masih mampu menyanyi nada tinggi dengan baik.

Menurut Ernie, dia hanya boleh menyanyi ketika di hujung trimester kedua kerana pada awal kehamilan dia mengalami alahan muntah-muntah.

BACA: Ernie Zakri, Syamel Bakal Timang Anak Perempuan

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki. Sebenarnya pada awal kehamilan dan trimester kedua memang tak boleh menyanyi langsung. Saya alami alahan muntah-muntah dan cepat penat.

“Tapi, apabila nak ke akhir trimester kedua saya sudah ‘enjoy’ kehamilan ini. Itu sebab saya boleh ambil dan terima tawaran menyanyi. Lagi satu sebenarnya gian menyanyi sentiasa ada walaupun sudah hamil,” katanya.

Dalam pada itu, Ernoe berkata meskipun dia aktif dengan persembahan nyanyian namun tetap menjaga kesihatan apatah lagi selepas ini dia akan cuti berpantang.

“Mungkin ada orang tak suka menyanyi ketika hamil, tapi saya lebih suka di atas pentas. Sebab tu tak nak tolak beberapa perkara.

“Saya fikir selepas ini akan cuti agak lama dalam dua bulan untuk berpantang. Jadi biarlah lepas geram dulu. Dalam masa sama keutamaan saya tetap menjaga kesihatan,” katanya.

https://youtu.be/FIZmB5bV_E8