Ernie Zakri, Syamel Bakal Timang Anak Perempuan
Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri memaklumkan mereka akan menerima anak perempuan dijangka pada Mac tahun depan.
Syamel berkata dia tidak sengaja mendedahkan perkara berkenaan kerana terlalu teruja mengumumkan jantina bayinya semasa beraksi di Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya Kuala Lumpur, malam kelmarin.
BACA: Hamil Empat Bulan, Ernie Zakri Suka Dengar Lagu Sedih
“Dari sebelum kahwin pun, memang kami jenis rahsiakan apa-apa yang belum sah. Tapi, apabila dapat buat persembahan di Istana Budaya, mendapat tenaga daripada penonton membuatkan saya rasa teruja untuk berkongsi,” katanya.
Ditanya sama ada dia dan Ernie akan mengadakan majlis ‘baby shower’ atau ‘gender reveal’, Syamel berkata perkara itu tidak dalam perancangan.
“Sejujurnya, saya pun tak tahu majlis ‘gender reveal’ itu apa. Tapi, memang kami tak ada merancang untuk itu. Sebelum ini, saya dan Ernie pun tak ada tetapkan tarikh spesifik mengenai bila jantina bayi akan diumumkan,” katanya.
Dalam pada itu, Syamel memberitahu dia menjadikan bapa dan bapa mentuanya sebagai rujukan untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar bapa.
“Kebanyakan maklumat dan persediaan yang mereka minta saya lakukan adalah untuk bersiap sedia tidak cukup tidur memandangkan saya perlu menjadi dua ‘puteri’ selepas ini,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
bagus .. xperlu la buat.. yg penting doa selamat
ernie gedik! pregnant asyik update itu ini. menyampah aku! laki bini annoying
Hajah lopak pun pregnant.. herlok je perangai dia. story si ernie dengan syamel ni naik menyampah dah orang baca oi
Kau ingat kau sorang je yg pregnant ke? annoying la dengan cerita pregnant kau itu ini. rela aku baca cerita rita rudaini oi!!
information for you guys, if tak suka tengok
story dia just block her amd him. easy ways. benda senang tak payah jadikan complicated. dosa pon tak bertambah nak mengata orang