Hamil 6 Bulan, Syatilla Melvin Positif Covid-19
Kini sedang hamil enam bulan, pelakon Syatilla Melvin disahkan positif Covid-19. Menerusi satu entri di Instagram, Syatilla memohon doa agar diberikan kesembuhan secepat mungkin.
Dalam posting dikongsikan itu, Syatilla turut memuat naik gambar kit ujian kendiri yang menunjukkan tanda dia positif virus berkenaan.
BACA: Netizen Menyampah Tengok Syatilla Melvin, Adik-Beradik Menari Terkinja-Kinja
View this post on Instagram
Sementara itu, memetika laporan Harian Metro, suaminya, Shaheizy Sam berkata keadaan isterinya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami gejala teruk sekaligus tidak membuatkan dia berasa panik.
“Walaupun Tilla terpaksa melalui ujian ini ketika sedang hamil, tapi saya tidak cepat panik. Namun, jika kejadian ini berlaku enam atau tujuh bulan lalu mungkin saya sudah cemas.
“Melihat orang di sekeliling yang dijangkiti Covid-19 dan mendengar sendiri pengalaman mereka, rata-rata mengatakan ia seperti demam biasa. Mungkin disebabkan ramai yang sudah mengambil vaksin membuatkan kurang kes yang berisiko tinggi,” katanya.
Menurut Sam lagi, setakat ini hanya Syatilla yang dijangkiti virus itu, manakala dia dan anak-anaknya negatif.
- SUMBER
- Harian Metro
Satu ketika dulu Shahiezy Sam ni penah jd hero malaya paling popular sampai semua filem dia je jd hero, drama pun dia hero. Walaupun muka dia biasa2, bdn rendang katik je tp sbb karekter dia kuat maka dia berjaya ambil alih populariti Rosyam Nor. Tp skang dia dah nmpk kepam dan x reti nk evolve sesuai dgn usia dia.