Hamid Gurkha Meninggal Dunia
Pelawak legenda, Hamid Gurkha, menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, jam 2.19 petang tadi.
Memetik BH Online, berita duka itu disahkan oleh anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.
BACA: Kumpul Saham Akhirat, Awie Bantu Artis Veteran Terlantar Sakit
“Kami reda atas pemergian arwah. Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Ashita berkata jenazah bapanya masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur namun tidak dapat pastikan bila akan dikebumikan.
“Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan. Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan,” katanya.
Khamis lalu, arwah Hamid Gurkha dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami batuk teruk.
Hamid mendirikan rumah tangga dengan Timah Abdul Hamid, 80 tahun pada April 1957. Pasangan itu dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
- SUMBER
- BH Online
innalillahiwainnailaihirojiun..
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya…Aamiin. Alfateha……
innalillahiwainnailaihirojiun..
Al Fatihah..
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya…Aamiin. Alfatehah……
Terima kasih pak hamid sebab telah menghiburkan kami..
Inna lillahi wa Inna ilayhi rajioon. Semoga damai disana disisi Tuhan yang Esa Pak Hamid. Wartawan pun taruk lah Pak didepan nama tu hormat beliau sebagai veteran.