Penyanyi Bella Astillah mengakui sedih dan terkesan melihat ramai rakan-rakan selebriti berdepan masalah rumah tangga apatah lagi dia pernah melalui hal yang sama.
Memetik Astro Gempak, Bella berkata dia mengakui takut untuk berborak dengan sesiapa mengenai isu berkenaan.
BACA: Mahu Jaga Batas, Bella Astillah Minta Pelakon Lelaki Muda Panggil Kakak
“Bila baca berita tentang rakan-rakan artis yang alami masalah rumah tangga, saya jadi sedih. Sebab saya tahu perasaan mereka.
“Tapi dalam masa sama, saya tidak berborak dengan orang tentang isu tersebut sebab saya sendiri takut. Hal jodoh ni semua rahsia Allah, saya sendiri tak tahu rumah tangga saya sampai bila?” katanya.
Dalam pada itu, Bella berkongsikan suaminya pelakon Aliff Aziz banyak menunjukkan perubahan positif dan kini sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
“Banyak perubahan positif yang saya lihat pada Aliff. Dia sekarang banyak ambil berat, selalu tanya saya buat apa.
“Kadang-kala, dia juga akan buat panggilan video dengan saya ketika di set penggambaran. Alhamdulillah sebab dulu dia tak macam tu. Harap tak berubahlah,” katanya.