fbpx

Hairul Azreen Terlalu Hayati Watak, Anak Jadi Mangsa

Gara-gara terlalu menghayati watak, pelakon Hairul Azreen mengakui bahawa dia terbawa-bawa karakter yang sama ke rumah sehingga anaknya, Yusuf Iskandar turut dimarahi seperti seorang pegawai jika si comel itu sedikit nakal.

BACA: Tak Cakap Kasar Rahsia Bahagia Hanis & Hairul

“Ketika penggambaran drama Pelangi Cinta baru lalu, saya ditegur beberapa rakan pelakon yang mengatakan perwatakan saya terlalu serius padahal watak dibawa seorang yang romantis dan ‘cheeky'”

“Kemudian saya sedar, ia berkemungkinan berpunca daripada watak pegawai beruniform yang saya lakonkan untuk tiga filem berkaitan ‘back-to-back’ (tanpa henti),” jelasnya kepada Harian Metro.

Untuk filem Qhaliq, Hairul membawakan watak seorang pegawai bomba, filem Paskal dia membawa watak seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari unit komando Paskal dan untuk filem Polis Evo 2, dia memegang watak pegawai polis dari Unit Tindakan Khas.

Boleh faham sebenarnya Hairul terbawa-bawa watak yang tegas dan garang. Berhubung perkara tersebut, pelakon ini merancang untuk berehat dari dunia lakonan sekejap dan meluangkan masa bercuti bersama keluarga. (rtky/s)