fbpx

Tak Cakap Kasar Rahsia Bahagia Hanis & Hairul

Pasangan selebriti muda Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menjadi perhatian ramai. Telatah comel anak mereka, Yusuf Iskandar sentiasa menambat hati netizen.

Boleh dikatakan pasangan ini dilihat sebagai pasangan yang sangat romantik. Masing-masing sering memuat naik foto beserta kepsyen yang romantik.

Tidak bercakap kasar & saling menghormati

Rupanya ini rahsia pasangan ini kekal bahagia. Bukan mudah untuk menempuh alam rumah tangga. Sentiasa tolak ansur dan tidak bercakap kasar antara tips bahagia pasangan ini.

Baru-baru ini, kisah Hairul tertinggal kad akses rumah mereka menjadi bualan netizen.

Pada awalnya Hanis mahu membalas mesej tersebut dengan perkataan sedikit kasar, namun dia teringat suaminya tidak pernah berkata sebegitu.

Susah senang bersama & tolak ansur

Sebelum ini juga, kisah Hairul yang tidak menjelaskan bil elektrik selama 5 bulan menjadi bualan ramai.

Namun, pasangan ini membuktikan rahsia rumah tangga bahagia dengan adanya tolak ansur. Bukan mudah untuk mencari isteri atau suami yang sentiasa ada ketika susah senang.

Sumber: Hijabista