fbpx

Dakwaan Hairul Azreen Nyaris Diculik Hanya Publisiti Murahan

Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen mendedahkan detik cemas yang dilalui olehnya dan seorang lagi pelakon, Ammar Alfian yang hampir menjadi mangsa culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di sebuah pelantar minyak di Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, kenyataan oleh Hairul itu mengundang rasa tidak senang dan tidak puas hati pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

BACA: Hairul Azreen Terlalu Hayati Watak, Anak Jadi Mangsa

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, tampil membuat penafian dan menyifatkan kenyataan Hairul itu tidak berasas . Malah, sepanjang penggambaran Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah ditugaskan untuk untuk menjaga keselamatan mereka.

Menurut beliau lagi, dakwaan tersebut mengelirukan dan mengundang persepsi negatif dan hanya gimik promosi untuk menarik publisiti murahan daripada masyarakat.

“Kenyataan pelakon filem ini tidak berasas memandangkan tiada sebarang kejadian seumpama itu yang dilaporkan sepanjang kru filem berkenaan berada di kawasan tersebut yang merupakan kawasan keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Sepanjang mereka menjalankan penggambaran filem, mereka disertai dan dikawal oleh pasukan keselamatan yang terlatih, Paskal dan saya percaya tidak ada cubaan melakukan penculikan kepada mereka,” katanya seperti dipetik daripada BeautifulNara.

Kalau ikutkan ada banyak cara boleh dilakukan untuk promosikan sesebuah filem. Jika benar ia hanya sekadar gimik, tindakan yang dilakukan oleh Hairul itu adalah tidak wajar kerana membabitkan keselamatan negara.