Hairul Azreen Idamkan Anak Lelaki, Turut Kena Alahan Mengandung
Baru saja mengumumkan bahawa isteri tercinta sudah pun mengandung empat bulan Disember lalu, Hairul Azreen mengakui dia teringinkan anak lelaki namun dalam masa yang sama redha menerima apa jantina anaknya itu nanti.
BACA: Isteri Mengandung, Hairul Azreen Belajar Memasak
“Sebenarnya saya teringin anak lelaki, namun saya juga tidak kisah mengenai jantina anak tersebut nanti,” kata Hairul kepada Kosmo! Online. Malah Hairul juga turut terkena alahan orang mengandung – apabila Hanis kerap muntah-muntah,dia pula kerap berasa penat sejak isterinya itu mengandung anak pertama.
Selain itu, tambah Hairul dia mahu membesarkan anaknya dengan cara yang baik dan bukannya dilimpahi dengan kemewahan. Malah, azam tahun 2016 pelakon ini juga turut disertakan dengan niat untuk membimbing anaknya ke jalan yang benar.
“Tiga tahun berturut-turut iaitu 2013, 2014 dan 2015 saya menyimpan azam setiap awal tahun dan ia tercapai. Untuk tahun 2016 ini saya berazam untuk membimbing anak saya ke syurga. Insya-Allah,” katanya. Semoga segala persiapan pasangan ini akan sentiasa dipermudahkan dan berjalan lancar. (rtky/s)
moga doa hairul termakbul iaitu dapat membimbing anak yang bakal lahir ke jalan syurga. Seeloknya, kita reda apa jua jantina anak yang bakal lahir. Pernah tengok kadang2 bila seseorang tu idamkan seorang anak lelaki sangat, tapi yang lahir anak perempuan. Tu lah kadang2 anak ni bila besar ada ciri2 kewanitaan. Tapi mungkin jugak ini secara kebetulan allahwa’lam.
owh soo shweet..hanis cute sgt..hairul pn muka manith,hensem sgt..mmg kapel cantek mnarik da bomb laa..moga diperkenankan azam korg ek..
ooo bagus ada anak laki cuma nakal sikit kalau nak baik anak perempuan … http://www.gerobokbuku.com/
Pelakon sendu ni pun nak heboh2 ke pasal pembawaan anak..? Semua bakal ibu bapa pun ada alahan..bukan dia je..dah sendu tu buat2 sendu la..yg ni pun nak cerr ke?? Rotikaya dah takde modal cerita lain lg ok ke dr sendu2an ni..??
Habis tu nak rotikaya update pasal cerita awak kena alahan ke? Siapa pulak yang nak baca kalau gituuu
Komen paling win
Sendu2 pon…ada gak org kenal dan terkenal ? Ko ado?
Rasanya x penting diorang ni cerita sal alah dia .ada lg cerita lain yang penting . Yg ni takdo standard dah aku tengok. Next pls.. Pasal fynn jamal sindir atita nak kawin lg takdo ke? Elok bawa cerita tu dr suami isteri sendu ni. Bukan diorang saja memgandung dan suami pembawaan anak. Adoi. Setuju kat ntah pa2 je la tu.