fbpx

Hairul Azreen Baru Sedar Ada Bakat Terpendam Sebagai Pengarah

Pertama kali mengarah filem pertamanya berjudul Ada Hantu, pelakon Hairul Azreen berkata dia menyedari dirinya mempunyai bakat menjadi seorang pengarah.

Menurut Hairul, idea untuk menghasilkan cerita seram itu timbul selepas berborak kosong dengan penerbit, Adrian Teh. Masih baru dalam dunia pengarahan, Hairul berkata dia masih memerlukan tunjuk ajar.

BACA: Buka Cawangan Bubble Bee, Hairul Azreen Ikut Jejak Langkah Shuib

“Filem ini bermula dengan borak kosong bersama penerbit, Adrian Teh untuk menghasilkan cerita seram. Adrian sibuk, jadi menyuruh saya yang mengarahkannya.

“Saya boleh mengarah tapi memerlukan banyak tunjuk ajar. Jadi banyak perkara yang saya nampak sebagai pengarah apbila menghasilkan filem. Ia adalah pengalaman yang berguna buat saya.

“Saya harap cara penyampaian saya difahami penonton serta disukai. Filem ini akan membuatkan penonton berfikir pada penghujung cerita sebab ada elemen kejutan,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai poster filemnya yang merupakan hasil tangannya sendiri, Hairul berkata dia mengambil kritikan secara positif.

“Berkenaan dengan poster itu, bagi pandangan saya dan beberapa orang artis (bukan pelakon) yang minat dengan art, mereka syka dengan poster saya.

“Walaupun ada yang tak suka sebab katanya poster itu tidak menarik tapi saya tetap berpuas hati dengan apa yang saya buat. Ini pun permulaan dan filem pertama saya.

“Saya cuma harap orang dapat terima dan tonton filem saya, itu yang paling penting. Sebab itu karya yang saya nak tampilkan. Poster ini pun nak tunjuk bahawa filem saya nak keluar.” katanya.