Hafreez Adam Mahu Kongsi Pengalaman Hadapi Masalah Jerawat
Bermula daripada kisah jerawat batunya yang keluar di akhbar tempatan, pelakon Hafreez Adam menerima kritikan hebat daripada pengikut laman sosial. Malah dalam masa yang sama, dia juga mengakui kesal dengan tindakan mereka yang mengkritiknya tanpa usul periksa.
BACA: Hafreez Adam Tegur Peniaga Online Eksploitasi Gambarnya
“Saya lihat ia sebagai salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak mengkritik saya membaca terlebih dahulu artikel berkenaan keseluruhannya. Pada satu tahap saya kesal dan kecil hati dengan kata-kata dilemparkan kepada saya sehingga saya tidak berani keluar rumah selama beberapa hari”
“Perkara itu sudah lama berlalu dan saya sekadar berkongsi pengalaman kerana ia mungkin dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama seperti saya. Tetapi niat saya itu sudah disalah erti sehingga sanggup memalukan saya dengan pelbagai kata negatif di laman sosial,” jelasnya.
Tambahnya, dia berharap melalui perkongsian daripada pengalamannya itu dapat memberi motivasi kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama dengan dirinya kerana jika tidak dikawal, ia mampu membuatkan mereka hilang keyakinan diri. (rtky/s)
Huhu
De jerawat duduk rumah je..buat semakkk je..
Semoga tabah menghadapi dugaan
inilah kualiti artis malaysia sekarang…pasal jerawat batu??? adui kuikuikui hampeh betul laa
Sabar menghadapi semua dugaan nie kay ?
yaa btul tu, sabarr.. god bless us
Nampak sgt suka hadap cermin lepas tu check muka lepas then kata “Aku handsome…”
People nowadays are too judgemental. Tak habis habis nak viralkan cerita psl jerawat batu ni walhal mamat ni cuma nak share stories psl skin problem die and how dia improve himself, dr segi fizikal, dr segi keyakinan diri. Media sgt bijak memanipulasi cerita. TAHNIAH!
yg penting tetap nmpk cute & smart..
yg sakit aty sgt mcm da mati nanti muke kau tuh kenal mcm skrg..
just pergi mampos…ade aku kisah ngn jerawat batu kerikil ko