fbpx

Hafiz Suip: Soal Zuriat Bergantung Pada Rezeki

Penyanyi Hafiz Suip berkata, dia tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat malahan dia telah bersedia bila-bila masa dan hanya berserah pada rezeki yang akan ditentukan oleh Allah Taala.

BACA: Hafiz Suip Akui Tertekan Asyik Disoal Tentang Anak

“Bergantung pada rezeki, sebenarnya usaha itu penting dan sekarang ini saya tengah berusaha untuk dapatkan zuriat. Walau macam mana pun bergantung pada rezeki. Untuk memujuk hati, saya akan fikir positif,” katanya yang ditemui di Separuh Akhir Muzik-Muzik.

Selepas mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Nureffy sekitar pertengahan tahun ini, nampaknya badan penyanyi ini sedikit berisi dan diakui olehnya sendiri.

“Bertambah selera makan. Isteri saya walaupun badannya kecil tapi dia kuat makan. Bila dia tak habis saya akan habiskan makanan itu,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)