fbpx

Hafiz Suip Sedih Dituduh Kurus, Cengkung Kerana Dadah

Sejak kebelakangan ini bentuk fizikal penyanyi Hafiz Suip dilihat semakin cengkung dan kurus. Susulan itu, ada yang bertanyakan soalan negatif kononnya dia mengambil bahan terlarang.

Mengakui tertekan dengan tuduhan sedemikian, Hafiz menafikan terlibat dalam pengambilan dadah dan dirinya dalam keadaan sihat sahaja.

BACA: Takut Azab Selepas Mati, Hafiz Suip Mohon Maaf

“Kalau betul-betul ambil berat, hubungi saya dan tanya secara personal. Bukannya terus menilai dan cakap eh Hafiz kurus..ni mesti kancing ini, mesti dadah, ni mesti family tak bagi makan.

“Macam-macam saya terima! Saya akui stress apabila ditanya begini. Saya manusia biasa..status artis dan nyanyian hanya kerjaya saya.

“Benda tak betul kenapa nak layan, kita tak buat kenapa nak layan? Tapi sebagai selebriti saya hanya mampu terima dan kemam, kalau buka mulut tak biak pula di mata orang,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia tertanya-tanya sejauh mana keikhlasan orang ramai yang mengambil berat tentang mengenai kesihatannya.

“Apa sebenarnya yang orang ambil berat? Sebab asyik tanya tentang sakit. Kita ni manusia, lama-lama boleh jadi mental..kita pun sakit kerana kata-kata tu kan doa,” katanya.