fbpx

“Hafiz Suami Yang Hebat, Luluh Hati Isteri Bila Suami Kena Fitnah”

Pelakon Julia Farhana menyifatkan suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz seorang suami yang bertanggungjawab dan adakalanya dia hendak menangis melihat suaminya sentiasa bekerja keras.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Julia berkata hatinya sedih sebagai isteri apabila suaminya diuji dengan tuduhan fitnah.

BACA: Padam Gambar Lama, Julia Farhana Kini Berhijab

Julia juga mengakui mahligai perkahwinan yang dibinanya bersama Hafiz telah mengajarnya untuk menjadi seorang yang lebih kuat.

Kongsi Julia lagi, suaminya masih menyimpan baju anak perempuannya, Laana Haura hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon, Lufya Omar.

“Luluh hati seorang isteri ini apabila melihat suami kena fitnah macam-macam. Rasa nak beritahu kebenaran tapi suami tenangkan hati, lapkan air mata dan minta saya menjadi kuat.

“Dia seorang suami yang terbaik, bertanggungjawab, rajin, pemaaf, dan kadang rasa nak nangis tengok sikap kerajinanya.

“Dia seorang suami yang menakjubkan. Dia masih menyimpan baju-baju anak perempuan di dalam almari. Sedih tengok,”tulisnya.

Terdahulu, Julia Farhana telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada Disember lalu.

Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya Omar pada 2016 sebelum berpisah pada 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura.