fbpx

Hafiz Juara MANIA, Menang RM500,000

Tidak salah rasanya jika kami katakan yang Hafiz Suip merupakan juara antara yang terbaik selepas di’nobatkan pemenang mutlak persaingan MANIA yang telah berakhir malam tadi di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil & di’siarkan melalui Astro Ria & Astro Prima.

Di pentas akhir MANIA, Hafiz Suip menerima 28% undian mengalahkan empat peserta lain untuk meraih habuan RM500,000 berserta trofi kemenangan. Produser yang menaungi penyanyi ini, Ahmad Dhani berjaya membawa pulang RM300,000 sebagai habuan.

Tempat kedua di’pegang oleh Stacy dengan 22% undian dan berjaya membawa pulang RM200,000 dan Jaclyn Victor melengkapkan pemenang di’tempat ketiga dengan 22% undian & membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi. Tahniah buat semua pemenang!

Gambar Ihsan: Astro