fbpx

Hafiz Hamidun Maafkan Joy Revfa

Berakhir sudah pergolakkan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang penuh kontroversi apabila pasangan itu bercerai dengan talak satu semalam. Menurut Hafiz, beliau tidak menyimpan perasaan dendam terhadap bekas isterinya dan turut sama memohon maaf kepada Joy andai terdapat kesalahan sepanjang mereka berkahwin.

BACA: Hafiz Hamidun, Joy Revfa Sah Bercerai Talak Satu

“Ini bukan pilihan tapi dengan perceraian ini ia boleh menamatkan episod yang sangat panjang. Bukan satu hari tapi berbulan-bulan. Saya maafkan dia dan secara peribadi juga meminta maaf kepadanya tentang apa yang berlaku. Dia ada kesalahan dan tidak perlu kita bangkitkan lagi.

“Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan. Saya juga tidak menyimpan sebarang dendam. Saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmah tersendiri kepada saya dan keluarga. Paling penting ia memberi pengajaran yang sangat berharga buat saya dan orang-orang lain juga,” jelasnya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Terdahulu pihak mahkamah telah memutuskan pasangan ini dengan talak satu- Bain Sughra kerana pasangan terbabit tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Malah mahkamah turut memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang berkahwin.

Kalau masih ingat, pasangan ini pernah menimbulkan isu ‘hubungan bersama’ kepada umum. Sebelah pihak mengatakan mereka pernah ‘melakukannya’ manakala sebelah pihak mengatakan sebaliknya. Apapun pastinya keputusan mahkamah telah membuktikan perkara sebenar secara tidak langsung. (rtky/w)