fbpx

Hafidz Roshdi Beri Amaran Pemilik Instagram Palsu Isteri

Umum mengetahui bahawa isteri kepada Hafidz Roshdi tidak mempunyai akaun instagram, namun baru-baru ini Hafidz menyedari ada pihak yang tidak bertanggungjawab mewujudkan sebuah akaun instagram yang meletakkan nama isterinya. Bimbang dengan perkara itu, Hafidz memberi amaran kepada individu terbabit.

BACA: Hafidz Roshdi Tak Mahu Berlakon Adegan Mesra

“Saya sedar ada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar isteri saya tiga hari selepas kami berkahwin. Saya tidak tahu apa tujuan mereka membuat akaun tersebut. Saya menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut dan memberi amaran supaya mereka menutup akaun itu dan tidak mencuri gambar-gambar isteri saya dengan tujuan tertentu”

“Saya sudah selidik bahawa individu yang menguruskan akaun itu adalah lelaki dan katanya dia minat kepada isteri saya dan ingin menubuhkan kelab peminat. Saya tidak tahu apa sebenarnya niat individu tersebut dan hanya bersangka baik sahaja,” katanya kepada m Star online berhubung akaun instagram palsu isterinya yang diwujudkan.

Untuk makluman semua, akaun instagram palsu yang kini menggunakan profil @shue.shuhada itu sudah berjaya memiliki pengikut seramai 41.4 ribu dan mempunyai kira-kira 43 gambar peribadi mereka, bagaimanapun selepas ditegur oleh Hafidz yang risau akan keselamatan isterinya, individu tersebut telah menukar akaun terbabit kepada kelab peminat Nurul Shuhada.

Pun begitu, Hafidz memberitahu bahawa buat masa ini beliau tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap individu terbabit kerana belia dan isteri hanya bersangka baik selagi beliau tidak menjejaskan keamanan serta maruah rumah tangganya. Tetapi Hafidz tetap terus memantau perkembangan akaun itu dari semasa ke semasa. (rkty/w)