Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Nikah 16 Disember?

Selepas sah bercerai pada Julai lalu, pelakon kontroversi Hafidz Roshdi dilaporkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan, Athira Yuhada, pada 16 Disember ini.

Difahamkan, tular undangan jemputan pelakon itu bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan terletak di Selangor.

BACA: Hafidz Roshdi Enggan Dedah Jumlah Bayaran Nafkah Anak

Menerusi undangan jemputan itu, tertera nama Hafidz dan Athira berserta tarikh pada Sabtu ini. Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada sebelah malam.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Athira didakwa enjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada.

×