Hangat diperkatakan apabila timbul spekulasi Dayang Nurfaizah sudah berkahwin dengan Hael Husaini apabila muncul gambar penyanyi itu memakai baju putih memegang sejambak bunga dipercayai duduk di atas pelamin.
Memetik HibGlam, sumber memberitahu mereka didakwa bernikah pada bulan Jun lalu dan majlis resepsi diadakan pada Julai di ibu kota.
BACA: Hael Husaini Panggil Dayang Nurfaizah ‘My Wife’?
Sejak semalam, tular video Hael bergambar bersama bintang Korea Selatan, Junho sebelum memanggil Dayang untuk turut berswafoto bersama.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah gerakan mulut Hael ketika berbual dengan Junho yang didakwa merujuk Dayang sebagai ‘my wife’
Sumber: HibGlam