Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna Threads memaparkan penyanyi Hael Husaini bersama bintang Korea Selatan, Junho.
Menerusi video itu, Hael dilihat bergambar bersama Junho sebelum memanggil penyanyi Dayang Nurfaizah untuk turut berswafoto bersama.
BACA: Hael Husaini Mohon Maaf, Enggan Jawab Dakwaan Dah Nikah Dengan Dayang
View on Threads
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah gerakan mulut Hael ketika berbual dengan Junho sehinggakan ada yang mencari individu yang boleh terjemahkan apa yang diperkarakan oleh penyanyi itu.
“Any lip reader kat sini? Ke aku dah boleh jadi lip reader? Aku tgok Junho ckp ‘Your wife’ hmm..” tulis seorang netizen.
Sementara itu, diruangan komen ramai yang menantikan berita gembira daripada kedua-dua penyanyi itu jika benar dakwaan berkenaan.