Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki serta tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.
Memetik Harian Metro, Hael bagaimanapun berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Maha Esa dan akan kongsikan berita baik itu apabila tiba masanya.
BACA: Hael Husaini Sihat, Tapi Badan Hanya Seberat Tiga Kampit Beras
“Ya saya sudah dimiliki dan saya tak ‘available’ untuk selamanya. Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja.
“Pasal jodoh kita serahkan pada yang lebih berkuasa, bagi saya bila sampai masanya insya-Allah saya akan terima dengan hati terbuka dan memberitahu anda semua.
“Saya tidak ada masalah untuk berkongsi, cuma bagi saya benda yang tak pasti lagi mungkin kurang enak untuk saya kongsikan,” katanya.
Dalam pada itu, Hael berkata dia tidak menolak jika jodohnya dalam kalangan rakan industri serta meminta mendoakan yang terbaik.
“Kalau ada jodoh, Insya-Allah sebab saya bukan lagi berumur 18 tahun dan sesiapa yang datang saya terima sahaja. Insya-Allah kalau ada rezeki,” katanya.
SUMBER: Harian Metro