Perkongsian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian apabila memuat naik video mereka sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan pekerjanya.

Menerusi video itu, dapat dilihat Aliff bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida serta anak-anak makan di satu meja yang sama.

BACA: Shahida Dedah Aliff Syukri Pernah Hampir ‘Disondol’ Anak Dara

@dherbs.official

sebabkan staff kami kahwin ? kami Datang makan² ? Semoga berkekalan hingga ke jannah #kahwin #majlis #kendurikahwin #alhamdulillah #rezeki #fouryou #fyp #foryoupage

? original sound – D’herbs Official – D’herbs Official

“Sebabkan staff kami kahwin. kami Datang makan-makan. Semoga berkekalan hingga ke Jannah,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji keluarga berkenaan yang tidak kisah duduk meja biasa bersama tetamu-tetamu lain tanpa layanan VVIP.

Sementara itu, ada yang teruja melihat Aliff hadir ke majlis kahwin pekerjanya serta membandingkan dengan majikan mereka yang tidak mungkin akan berbuat demikian.

Dalam pada itu, ada yang suka melihat keluarga Aliff kerana sentiasa merendah diri kerana mereka belajar dari susah sebelum berada di tahap sekarang.

×