fbpx

Hadiahkan LV, Fatin Afeefa Harap Suami Tak Kahwin Lain

Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang ada memuat naik gambar menerima hadiah barangan berjenama Louis Vuitton (LV) daripada isterinya.

Difahamkan, hadiah tersebut adalah hasil daripada penjualan produk isterinya, Lean By FA. Aliff turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki diberikan buat isterinya itu.

BACA: Adam Shahz Sedia Serah Hak Jagaan Anak Kepada Fatin Afeefa

Perkongsian Aliff itu dikongsikan semula oleh Fatin di Insta Story serta menulis kapsyen berharap suaminya tidak berkahwin lain dan tidak menjadi seperti Aliff yang lain.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pempengaruh media sosial Aliff Teega yang mengumumkan sudah berkahwin dua dengan wanita bernama Fatin Umaidah.

Untuk rekod, Fatin dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2022. Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 namun berpisah pada 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.