fbpx

Hadiahkan Gol Buat Isteri, Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan

Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid mengakui hantaran gol yang dibuat semalam ketika perlawanan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon adalah hadiah buat isteri tercinta, Syifa Melvin.

Menerusi video tular di TikTok, Safawi turut mengesahkan isterinya itu kini sedang hamil anak sulung mereka dan usia kandungan sudah mencecah enam bulan.

BACA: Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Syifa Melvin Bahagia Di Bangkok

@nadhieeerah

Pawi sahkan Syifa sudah 6 bulan pregnant! ? #harimaumalaya #safawirasid

? original sound – nadhieeerah – nadhieeerah

“Ya, dia mengandung. Gol itu hadiah untuk isteri saya Jadi, doakan kami.. semoga selamat semuanya, bersalin,” katanya.

Semalam, cara pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meraikan gol dengan memasukkan bola di dalam baju adalah simbolik kepada isterinya yang dikatakan sedang hamil.

Untuk rekod, Syifa dan Safawi sah menjadi suami isteri pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sekitar ibu kota.