fbpx

Bersempena dengan hari Merdeka yang akan datang, OPPO akan menjalankan kempen cabutan bertuah bermula 22 Ogos sehingga 16 September 2020! Banyak hadiah eksklusif dan hebat akan menjadi hidangan utama untuk anda! Oleh itu, mari lihat apa barangan hebat tersebut!

Cara Mudah Sertai Cabutan Bertuah OPPO

Siapa yang tak nak kan, jika hadiah yang ditawarkan tu adalah hadiah yang dinanti-nantikan. Lagi-lagi Proton X70 yang bernilai RM95,000, kalau dapat tu memang rezeki durian runtuhlah orang kata.

Sebut pasal hadiah anda pasti nak tahu kan, apa hadiah yang ditawarkan untuk cabutan bertuah sempena bulan Kemerdekaan ini. Okey! Hadiah yang akan diberikan adalah:

Hadiah Utama: Proton X70 bernilai RM95,000 untuk seorang pemenang sahaja

Hadiah Minggu Pertama: COROS Apex 42mm yang bernilai RM1,299 untuk 10 orang pemenang

Hadiah Minggu Kedua: Seramai lima orang pemenang akan mendapat Nintendo Switch bernilai RM1,799 setiap seorang

Hadiah Minggu Ketiga: Seramai tiga orang akan dipilih sebagai pemenang bagi hadiah mingguan ketiga dengan membawa pulang GINTELL DéVano S FUNtastic yang bernilai RM2,988

Tapi sebelum anda nak rebut hadiah hebat ini ada caranya. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah ini sahaja:

1. Beli mana-mana telefon pintar OPPO yang terpilih antara 22 Ogos sehingga 16 September, kemudian muat turun d Aplikasi My OPPO

2. Isi borang dan muat naik resit pembelian anda di Aplikasi My OPPO

3. Setelah berjaya mendaftar, anda akan menerima nombor cabutan bertuah pada 27 Ogos, 5, 10 dan 17 September

4. Ikuti perkembangan di laman Facebook OPPO untuk pengumuman live cabutan bertuah pada 27 Ogos, 3, 10, dan 17 September pada jam 9 malam.

Ha! Sebelum kami terlupa, anda jangan lupa simpan resit asal pembelian anda untuk diberi kepada staff OPPO semasa anda ingin mengambil hadiah nanti.

Dalam masa yang sama, anda juga boleh rebut harga promosi daripada OPPO sekiranya anda membeli OPPO Find X2 dan dapatkan rebat bernilai RM300 dan percuma Enco Free (bernilai RM499). Tak kurang hebatnya, OPPO Reno3 juga kini berharga RM1,499 (Harga Asal: RM 1699).

Spin & Win

Okey! Kalau tadi kami dah share cara-cara untuk anda beli telefon pintar terpilih sempena Hari Kemerdekaan. Kali ni kami nak share pula langkah-langkah sertai cabutan bertuah spin & win yang akan diadakan pada 22nd Ogos sehingga 16 September ini.

Bagi peraduan cabutan bertuah ini, antara hadiah yang anda akan dapat adalah Enco Free, OPPO Bagpack, Baucar RM5 KFC, Earphone dan Smart Thermos.

Ha, hebatkan hadiah yang OPPO berikan kepada anda sempena bulan kemerdekaan ini? Kalau ya hebat, apa tunggu lagi cepat-cepat lah sertai peraduan hebat ini. Tak susah pun, ikut sahaja langkah yang kami kongsikan ni.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu:

1. Beli telefon pintar OPPO yang terpilih antara 22 Ogos sehingga 16 Sep, di mana-mana kedai OPPO yang mengambil bahagian

2. Tunjukkan resit pembelian anda untuk menyertai cabutan bertuah

3. Langkah ini anda hanya perlu Spin & Win sahaja. Mudah kan?

Bagi anda yang membeli telefon pintar OPPO di kedai-kedai terpilih anda berpeluang untuk lakukan 1 kali spin & win di kedai tersebut. Jangan lupa untuk baca Terma & Syarat dulu okay!

Tapi sebelum tu, apa kata anda layan dulu kelebihan OPPO Reno4 Pro ini. Mana tahu akan jadi gadjet kesayangan anda nanti.

Ciri OPPO Reno4 Pro

AI Color Portrait

Fungsi AI Color Portrait dalam Foto dan Video dapat mengekalkan warna pada subjek potret dan menerapkan penapis hitam dan putih pada latar belakang untuk menghasilkan kesan yang menonjol untuk subjek.

Night Flare Portrait

Dapat diaktifkan dalam saringan dalam mod potret. Setelah diaktifkan, ia menggabungkan gambar asas dengan algoritma LLHDR untuk memberikan julat dinamik yang lebih baik. Fungsi ini hanya berlaku untuk kamera belakang.

Titik cahaya bokeh ditambahkan ke latar belakang secara automatik. Anda akan mempunyai potret malam semula jadi dengan titik cahaya yang mengagumkan (mod potret + algoritma malam).

960fps AI Slow Motion


Setelah memulakan rakaman, melalui algoritma pengesanan gerakan, pengesanan pintar objek bergerak dalam kotak pengecaman, melalui algoritma interpolasi untuk rakaman, video gerakan perlahan 240fps @ 720P dapat ditukar menjadi 960fps @ 720P. Kamera depan menyokong sehingga 240fps @ 720P.

Ultra Steady Video 3.0




Anda dapat mengambil video yang stabil, jelas dan berkualiti tinggi dalam senario yang berbeza:
· Rear Ultra Steady Video menjadikan rakaman lebih jelas (TBD).
· Gambar lebih stabil dalam senario seperti mengambil video dan streaming langsung semasa berjalan.

65W SuperVOOC 2.0

Pengecasan terpantas dalam julat harga telefon ini. Ia dapat mengecas sepenuhnya telefon bimbit dalam masa 36 minit.

Perbandingan Reno4 Pro dan Reno4

Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa layari laman rasmi OPPO untuk rebut peluang ini. Terjah juga Facebook dan Instagram OPPO untuk dapatkan maklumat terkini.