fbpx

‘Hadiah’ Buat Majikan & Staf Yang Terjejas Sebab COVID-19

Wabak pandemik COVID-19 yang muncul kat negara kita ni memang meninggalkan kesan pada kita semua. Macam-macam benda yang berlaku dan terpaksa handle dalam masa yang singkat! Dugaan betul.

Dan tak terkecuali syarikat-syarikat yang terjejas disebabkan COVID-19 ni. Tak kiralah syarikat tu besar, sederhana ataupun kecil. Bila syarikat terjejas of course lah staf kena tempias! Ada yang sampai terpaksa diberhentikan sebab tak boleh nak tanggung disebabkan ekonomi mula merosot.

PSU 2.0 Bantu Syarikat Terjejas

Prihatin dengan nasib majikan dan staf, kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 dalam beberapa sektor terutama pelancongan yang masih terjejas akibat COVID-19 ni.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), subsidi upah ini diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lalu.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan staf hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua syarikat.

‘Talian Hayat’ Untuk Majikan

Subsidi upah ini diberikan tiga bulan iaitu dengan jumlah RM600 sebulan untuk setiap staf sehingga maksimum 200 orang! Fuh! Memang betul ‘hadiah’ untuk majikan dan staf terutamanya.

Haa…untuk info anda PSU 2.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap syarikat bagi setiap staf yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Ini lah ‘talian hayat’ yang majikan boleh gunakan sementara nak kukuhkan ekonomi syarikat.

Program Subsidi Upah 2.0 sudah pasti sangat membantu syarikat mengurangkan beban tanggungan kos upah staf. Dalam masa yang sama membolehkan syarikat mengekalkan bilangan staf sedia ada. Jadi tak ada lagi staf yang dibuang kerja. Betul tak?

Permohonan Sehingga 31 Disember

Bagi anda yang ada syarikat tapi masih lagi belum mengisi permohonan ni, cepat-cepat buat permohonan okay. Tarikh akhir hingga 31 Disember 2020. Anda boleh tengok infografik di bawah ini untuk majikan yang dah mendaftar.

Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mudah sangat untuk anda mendapat bantuan dan insentif bayaran gaji untuk staf menerusi PSU dibayar melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Anda juga boleh memohon secara dalam talian dan prosesnya amat mudah. Anda boleh terus KLIK DI SINI.

Kami faham situasi yang berlaku sekarang, jadi jadikan inisiatif ini untuk bantu anda di masa depan okay!