Pelakon Muntazar Gufran menafikan dakwaan dia menggodam akaun TikTok milik bekas tunangnya Saidah Kamarudin seperti didakwa aktres berkenaan.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Muntazar berkata jika benar dia berbuat demikian akaun tersebut sudah jadi kosong dan mendakwa bekas keksihnya ‘naik’ disebabkan dirinya.
“Kalau betul saya godam akaun TikTok dia, dah lama saya buat akaun dia jadi kosong. Dia naik pun disebabkan siapa? Disebabkan saya juga.
“Kenapa tiba-tiba nak kacau hidup saya sedangkan saya tak kacau hidup orang, siapa yang minta putus, dia minta putus sebab takut macam mana nak bagi duit dekat anak dia,” katanya.
Sementara itu, Muntazar berkata dia mengakui banyak berhabis duit kerana telah dibelanjakan sepanjang menjalin hubungan dengan bekas tunangnya itu.
“Itulah, habis duit banyak dekat perempuan macam inilah jadinya. Saya nak pesan janganlah menuding jari pada saya dan cakap semuanya salah saya. Usaha saya untuk dia mahal. Saya hantar dia ke sana, ke sini tapi tak minta pun dia duit.
“Saya habis duit sebab dialah. Tapi saya bersyukur dia minta putus dan berharap jodoh saya di masa akan datang bukan begini. Kita kena jaga maruah diri dan adakah bila dah kahwin nanti dia nak buka aib suami dia macam itu?” katanya.
SUMBER: Melodi