GV7 Gagal Lonjakkan Namanya, Ashira Kembali Menyanyi Di Pub
Sudah dua tahun Gegar Vaganza musim ke-7 berakhir, penyanyi Ashira mengakui kecewa program realiti popular itu gagal melonjakkan namanya.
Memetik mStar Online, Ashira mengakui pada awalnya dia tidak mahu menyertai pertandingan tersebut namun dia tetap mencuba nasib selepas sekian lama menyepi.
BACA: Tanggal Tudung Menyanyi Di Pub, Ashira Akui Belum Berhijab Penuh
“Sebenarnya saya sudah lama tidak berhajat untuk kembali aktif dalam industri seni. Ketika menerima tawaran GV7 pun hati saya berbelah bahagi. Namun ketika itu hanya mencuba nasib untuk kembali.
“Tidaklah terlalu mengharap nama akan kembali ‘meletop’ seperti dahulu. Cuma ada sedikit rasa kecewa apabila percubaan untuk melakukan perkara yang saya minat tidak menjadi,” katanya.
Kata Ashira lagi, dia juga tidak banyak menerima tawaran menyayi selepas menyertai program tersebut namun akur rezeki tidak berpihak padanya.
“Jika ada tawaran menyanyi pun hanya sekadar bertanya. Saya memang tidak menerima banyak undangan dalam mana-mana majlis. Saya faham ramai lagi artis dalam industri seni dan ini bukan rezeki saya.
“Perkara yang sama terjadi lagi kepada saya. Rezeki sebagai penyanyi bagaikan tak ‘lekat’. Dari dahulu lagi saya sudah biasa begini,” katanya.
Kongsi Ashira lagi, dia tidak akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu adalah minatnya dan dia kini kembali menyanyi di sebuah restoran pub.
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini memang susah hendak cari kerja. Jadi apabila ada peluang menyanyi di restoran seperti sekarang ini saya terima sahaja.
“Sebelum ini pun saya menyanyi di kelab. Ini sudah menjadi kerjaya dan saya tidak akan tinggalkan bidang nyanyian kerana minat yang mendalam,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
ramai je bintang reality yg tak menyerlah..gv ni ada excuse sikit sebab semua dah ada nama tersendiri but still ada yg tak kemana lepas gv… ada yg juara pun tapi sendu sesendunya…. sebab kena tgk jugak music industry kita mcm mana.. tak semua artis relevan.. even tok ti dgn lagu raya baru aritu pun rasa mcm tak sedap je..
Mungkin dunia nyanyian x sesuai utk awak jd kn sbg kerjaya…..wlaupun awak minat,rs ny usia ttp akn meningkat.x selamanya awak akn mnyanyi…
Baik mula dr skrg awak cri kja tetap yg lain,jd kerani pn xpe.jnji monthly ada income..nanyian awak blh bt sbg 2nd job.cth bila free @ ada twrn awak mbik….
Lgpn ank plu kn phatian ,suami awak lg….
Zaman skrg ssh cri mkn dlm dunia hiburan.klu xda rezeki mcmtu lh ..mungkin rezeki awak ada pd tmpt lain .ikhtiar lh k….
Really??? Lagu dia apa yg popular jd siulan ramai?! Zaman bila dia popular tu?! Sebenarnya muzik zmn skang ni dah berubah. Peminat muzik skang pun dah berubah. Zmn ni dh mcm2 hiburan ada anak2 muda berhibur secara langsung di socmed spt Tiktok, Bigo dan mcm2 lg media social. X perlu nk tngk artis rakaman dah atau penyanyi professional zmn ni. Sapa2 pun boleh popular kalau kreatif manipulasi ruang yg ada!
sebab tak lawa muka macam asoh jual kobis bulat. sekarang nak lawa2 jer. cerima lah sajer nasib