fbpx

Seramai 25 guru dari seluruh negara telah menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2020. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ini diperkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf guru-guru yang telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki mereka demi menghasilkan impak yang berpanjangan kepada para pelajar.

Anugerah yang dianjurkan oleh McDonald’s sejak dari 2017 ini, mendapat sambutan hangat daripada para pelajar. Lebih 16,000 pencalonan diterima oleh McDonald’s Malaysia daripada rakyat Malaysia di seluruh negara yang ingin memberi penghargaan kepada para guru.

Pada tahun ini McDonald’s menerima hampir 5,000 kisah dari seluruh negara mengenai guru-guru yang telah bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik para pelajar. McDonald’s yang berbangga dengan dedikasi para guru mengambil kesempatan untuk melaksanakan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s sekaligus merupakan penghormatan kepada para guru terhadap komitmen mereka.

Setiap pemenang anugerah menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Pencalon pula akan menerima baucar bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan untuk sumbangan cerita mereka.

Pada tahun ini, sejajar dengan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan, McDonald’s telah bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk membuat kejutan kepada guru pemenang anugerah dan pelajar mereka menerusi panggilan video.

Di samping itu, sebagai tanda penghargaan para pendidik pada Hari Guru kali ini, McDonald’s Malaysia menawarkan tawaran eksklusif untuk Hari Guru. Dapatkan 2 latte ais saiz sederhana dan 2 Oreo McFlurry dengan harga RM14.99, mulai 15 hingga 22 Mei 2020 yang boleh diperoleh menerusi aplikasi McDonald’s.

Bagi anda yang ingin mengetahui kisah para guru yang telah menerima hadiah daripada McDonald’s ini boleh www.mcdonalds.com.my/en/anugerahguruinspirasi untuk membaca 25 kisah dan hayati pelbagai usaha wira-wira yang tidak didendang ini.

Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi McDonald’s anda bagi menikmati promosi istimewa di Google Play store atau Apple app store.

Ini Antara Wajah-Wajah Pemenang

Cikgu Ashikin dari Sekolah Kebangsaan Minden Height menarik perhatian pelajarnya dengan menghidupkan watak buku cerita – dalam kesempatan ini, sebagai Maleficent.

Cikgu Muiz dari Sekolah Kompleks Sultan Abu Bakar menggunakan bahan pembelajaran dalam talian yang menyeronokkan di kelas Bahasa Mandarinnya.

Cikgu Darrel dari Sekolah Kebangsaan Limpaki mendapat keberanian melalui segala kemunduran dengan senyuman dan semangat yang menggalakkan dari para pelajarnya.

Cikgu Selvamary bersama murid-murid kesayangannya di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12.

Mr Leo dari Sekolah Kebangsaan Ba Kelalan menggunakan semula botol plastik ke dalam kotak surat untuk “English Corner” sekolah.