fbpx

Hari ini, pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan menuntut hak penjagaan anak perempuan, Ivy Herra Sophia.

Difahamkan, Fatin turut ditemani oleh suaminya iaitu Aliff Awang dan juga pengawal peribadi ke mahkamah.

BACA: “Saya Sendiri Tak Tahu Mana Anak Saya Sekarang” – Adam Shahz

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila suami Fatin dlihat ada memuat naik video membaca satu petikan pendek yang terletak di perkarangan mahkamah.

Menerusi video itu juga, kamera telefon tersebut dihalakan ke arah Adam yang sedang sibuk dengan telefonnya duduk di kawasan menunggu.

Terdahulu, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 2013 namun bercerai pada 2017. Pasangan itu dikurniakan sseorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia kini berusia 8 tahun.