Guna Kekerasan Terhadap Polis, Farid Kamil Dipenjara 13 Bulan
Memetik laporan Harian Metro, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara 13 bulan atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis.
Pada 21 Jun tahun, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu membela diri atas empat pertuduhan termasuk menampar anggota polis trafik dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 2018.
BACA: Farid Kamil Akui Kawan Jauhkan Diri Sejak Keluar Masuk Penjara
Pada 16 Januari 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad, 36 dan Konstabel Mohd Nizam Jamaluddin, 25.
Farid Kamil juga didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd Nizam dengan niat menghalangnya melakukan tugas.
Untuk pertuduhan keempat, Farid turut didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Mohd Nizam sehingga boleh mendatangkan kemarahan.
Terdahulu, Farid Kamil telah pun menjalani beberapa bulan hukuman penjara selepas didapati melakukan kesalahan berkaitan dadah.
- SUMBER
- Harian Metro
Raya dah seminggu Tp xde pn gosip baju Raya Che Ta dan abang Zain serta Adik aisyah…….. Thn ni
Penjara ke x ni? Kejap keluar kejap tangguh. Kang masuk 1 bulan dapat keluar balik. Autaaaaa la lu!! Artis bodoh da hisap dadah sukati je nak kua masuk penjara. Sape punya idea ha!!???
Untung ko idup kt Msia kalo kt US dah mampus kena pijak bila ko pukul polis!
bayar je datuk.
bapa pun banyak duit
datin boleh bergambar pakai bikini saja mahal bayaran
Macamana dia boleh dapat gelaran Dato klu selalu bad behaviour?