fbpx

Guna Kad VIP Watsons Di Lebih 1,800 Lokasi Seluruh Malaysia!

Berita baik untuk semua ahli VIP Watsons! Gunakan kad VIP Watsons anda di lebih 1,800 lokasi seluruh Malaysia dengan tawaran hebat dari kedai-kedai makanan, kesihatan, kecantikan, pelancongan dan gaya hidup. Kunjungi www.watsons.com.my/watsonsrewards untuk dapat senarai ganjaran untuk ahli VIP Watsons.

Selain itu, tahu tak sebenarnya setiap kali anda beli barang-barang keperluan seperti pencuci muka, ubat gigi, sabun dan macam-macam lagi sebenarnya anda rugi? Sebab apa rugi? Jom kami kongsikan beberapa perkara menarik yang mungkin anda mengubah cara anda berbelanja selepas ini.

Sebenarnya jika kita adalah pembeli yang bijak, kita pastinya mahukan suatu ganjaran yang berbaloi dengan apa yang dibelanjakan. Kalau di Watsons, jika anda menjadi ahli VIP, pelbagai manfaat menarik bakal anda dapat.

Apa yang menariknya sebab setiap perbelanjaan yang kita keluarkan mesti akan dapat point. Bermula dari point ini juga kita boleh guna sebagai tunai untuk bayaran di Watsons.

Sebagai ahli VIP Watsons, pelbagai manfaat anda boleh dapatkan. Berikut merupakan 8 manfaat yang sangat berbaloi. Lagi banyak anda berbelanja, lagi tinggi point anda.

Nampak tak berbaloi ke tak berbaloi? Setiap RM1 anda gunakan akan dapat 1 point? Cuba bayangkan sebelum ini anda hanya membeli tapi tak dapat apa-apa point pun untuk ditebus di kemudian hari, bukankah rugi kalau begitu?

Kemudian, ditambah pula 5 kali ganda ganjaran point akan diberikan jika anda membayar dengan kad Watsons Touch ‘n Go. Memang menduga betul manfaat mereka ini.

Bagi yang berminat, boleh terus ke Watsons berhampiran dan jadi ahli VIP Watsons, serius berbaloi. Anda juga boleh dapatkan kad virtual dari www.watsons.com.my atau aplikasi Watsons.

Ikuti mereka di Facebook Watsons bagi mengelakkan terlepas untuk mendapatkan tawaran menarik terkini.