fbpx

Guna Dana Sendiri, Atu Zero & Isteri Edar PPE Ke Sabah

Kes COVID-19 semakin meningkat di Sabah, pelakon dan pelawak Atu Zero bersama isterinya, Shafeeqa Johari, mengambil inisiatif membekal bantuan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan di sana.

Menurut Atu, inisiatif itu sudah dimulakan empat hari lalu itu dibuat selepas mendapat mesej peribadi dari penduduk daerah zon merah yang memerlukan bantuan PPE.

BACA: Dialek Sabah Terlalu Pekat, Atu Zero Akui Susah Dapat Job

“Dengan peningkatan kes serta lokasi sekitar Semporna kini semakin merisaukan, kami terpanggil untuk menyalurkan bantuan mengedar PPE percuma ke sana pula. Sebenarnya, bantuan ini kami sudah jalankan sebelum peningkatan kes jangkitan di Sabah lagi.

“Mulanya bantuan itu kami salurkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Kudat. Tiba-tiba, kes di sekitar Semporna pula naik. Kami menggunakan inisiatif mengumpul PPE daripada sukarelawan seluruh Malaysia bagi dihantar ke Sabah.

“PPE itu termasuklah sarung kepala, baju, sarung tangan, hampir keseluruhannya set lengkap yang petugas kesihatan hatus pakai. Mulanya, kami cuma salurkan bantuan di Semenanjung tapi selepas itu memutuskan untuk menghantar ke Sabah juga,” katanya.

Pengedaran PPE secara percuma itu sudah di mulakan beberapa bulan lalu ketika PKP lagi dan isterinya menjahit sendiri PPE tersebut serta dibantu oleh beberapa sukarelawan.

“Selagi kami mampu akan buat bantuan ini. Isteri saya sendiri menjahit PPE itu sambil dibantu sukarelawan yang sudi hulurkan khidmat mereka bagi menolongnya.

“Kami lakukan semua ini atas dasar kemanusiaan, meskipun tiada saudara mahu pun kenalan terdekat yang dijangkiti wabak itu. Tapi daripada segi ekonomi, di Kudat sendiri memang sangat merudum dan boleh katakan memberi kesan kepada orang kampung saya,” katanya.