Guna 18 Belon, 3 Hari Berlatih Nak Terbangkan Veil Mas Idayu
16 September lalu merupakan momen indah buat penyanyi Mas Idayu yang selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya, Muhammad Sufian Isa yang juga Penerbit Eksekutif TV3.
Menariknya, pada majlis resepsi pasangan itu sebanyak 18 belon digunakan untuk menerbangkan kain veil yang digunakan oleh Mas Idayu.
BACA: 17 Tahun Hidup Bersendirian, Mas Idayu Menangis Tak Percaya Kembali Bergelar Isteri
Memetik Harian Metro, perancang perkahwinan yang juga pereka busana itu iaitu Anas Abdullah berkata pihaknya mengambil masa tiga hari untuk melakukan sesi latihan menerbangkan veil berkenaan.
“Bila Mummy (Mas Idayu) nak kahwin, saya bincang dengan dia nak buat sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain. Jadi, apa kita bincang adalah ‘veil’ terapung pertama di Malaysia. Hari ini terbukti, ‘veil’ pertama terapung ini berjaya dipakai oleh Mas Idayu.
“Keseluruhan ada 18 belon dengan panjang ‘veil’ 15 kaki. Selama tiga hari kami buat latihan dan percubaan untuk menerbangkan ‘veil’ ini. Alhamdulillah, malam ini berhasil.
“Memang penat, tapi Mummy cakap memang berbaloi. Sebab dia orang pertama yang pakai macam ni. Dia memang puas hati,” katanya.
Dalam pada itu, difahamkan busana perkahwinan yang digayakan Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa itu menelan kos sebanyak RM12,000.
“Dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak ada majlis perkahwinan yang ‘wedding of the year’. Jadi, bila Mummy nak kahwin kami memang sasarkan majlis ‘wedding of the year’.
“Apabila kami bagi pendapat, dia terima. Dia juga berikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menguruskan semua majlis. Alhamdulillah, inilah hasilnya,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Sorry mommy. Nampak serabut pakai belon sebab x seragam kainnya flow.
Better letak kat lantai lagi elegant. Apa2 pon Tahniah. Alhamdulillah
Copy from Celia Krithariotii,she’s a greek fashion designer.You guys can check it on youtube.her 2019 spring/summer collection.
Entahlah….tapi nampak mcm try hard sangat…busana pink tu pun tak menyerlah..terlalu serabut…pendek kata memang try hard sangat lah.
Kalau apungkan rendah je lagi cantik, ni tinggi sangat terapungnya…dah macam keranda terbang pulak.
Tak taula tang mana cantiknya..
Seriously..
Umur2 mcm Mas Idayu ni lebih molek kalau pakai baju pengantin yg “normal”.. biar nmpk anggun & classy… sesuai dgn umur…bukan serabut mcm ni.
Sorry, just my two cents..
Apapun, tahniah..
..gedik jugak mas idayu ni ek..bahana kawen sorok sorok dulu kot..