Grafik ABPBH34 Dikritik Netizen Macam Cerita Kartun
Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 akhirnya melabuhkan tirainya malam tadi apabila pelakon dan pengacara, Janna Nick dinobat sebagai Bintang Paling Popular.
Namun, seperti sudah dijangka ada cerita tak sedap didengar mengenai acara itu apabila rata-rata netizen mengkritik visual grafik yang menjadi latar belakang pentang ketika persembahan beberapa artis.
BACA: Janna Nick Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 34
Antara yang diperkatakan adalah grafik ketika nyanyian Fauziah Latif bersama Wani Kayrie yang disamakan dengan siri animasi popular kanak-kanak Didi & Friends.
Bukan itu sahaja, persembahan Syamel, Jay Jay dan Anuar Zain turut terganggu apabila muncul grafik seperti bertemakan sebuah akuarium dimana kelihatan seekor ikan paus, ketam dan terumbu karang.
Perkara itu hangat diperkatakan di laman Twitter apabila rata-ratta netizen mempersoalkan kredibiliti pihak penganjur apatah lagi anugerah tersebut sudah memasuki tahun ke-34.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat visual grafik mengarut itu adalah untuk menarik perhatian penonton serta rating supaya ianya trending di media sosial.
- SUMBER
- Ohmymedia
sesuai la dgn level award cap ayam
STANDARD MENJUNAM TEROK.
ADA LAGI KE MANUSIA YG LAYAN ANUGERAH2 TAIK NI HA?
akhirnya ada gak media yang berani paparkan kelemahan ABPBH 34. dah siri 34 (jika ikut kiraan usia manusia dah matang, beranak pinak) bukan kanak kanak dan alam remaja lagi.. penjganjur kenala bijak memilih yang terbaik utk dipaparkan, satu dunia akan tengok kot (jika ada video reaction)
Biasa yg PALING BISING komen, complaints dalam office, taman perumahan, block rumah flat, pangsa, deret rumah teres etc.
Orang itulah sebenarnya TERPALING TERUK.
Sebab nak tutup kelemahan dan keburukan diri.
Kena bebel sebab NAK ALIH PERHATIAN orang daripada keburukan dan kesalahan dia. Bising bising BENDA KECIL BODOH supaya orang dengar dan fokus pada isu tu dan bukannya salah diri dia.
Kalau tak ada bajet, terus ja buat cincai. Orang kecam dapat free publicity. Ada bajet buat bagus, orang puji dapat publisiti. Bezanya kau nak publisiti wangi ka busuk? Janji DUIT. Kan nok?
Kalau x mampu xpayah buat. Seperti x pandai buat nasi lemak tapi still nk try jual jgk walaupn tau x sdap. Jnji ada org beli.tv3 n anugerah sampah berpisah tiada.
Suka hati they ollz lah nak buat anugerah perasan dalam akuarium. U sendiri yg buang waktu tengok sampah. Lepas itu komplen.
Dulu ABPBH buat macam Hollywood pon kau kutuk. Zaman orang tensen buat tema ringan kelakar, kau kutuk.
Bila industri hiburan Malaysia nak maju? Tak supportive langsung mata lalat Malaysia ini. Asyik cari tahi bau tahi. Sebab itu dalam diri pon busuk.
la…wujud lagi anugerah ni?? HAHAHA..
Hari ni aku makan kari kepala ikan kat Duyong, 4.orang anak beranak, baru rm250.00 macam-macam makanan ada.